|
Librarian gathering
28 Oct 2012 | 21:47 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Hari ni malam ni aku rasa sat lagi aku bakal bertukar menjadi Incredible Hulk ni sebab internet yang tersanggggggaaaattttt lah lembab gila babi . haha sampai ada gila babi kan ? Tapi disebabkan aku nak ceritakan apa yang jadi hari ni , terpaksa menghadapi semua dugaan ni . hehe walaupun kadang kadang aku rasa macam nak campak je lappy ni . Nasib aku tak kaya kalau kaya , memang aku dah campak then beli lappy baru .
Hari ni ada jamuan akhir tahun untuk semua librarian . Huh , cikgu yang datang pun just 2 orang je . Ye lah kan , sekarang ni semua masih ada dekat kampung lagi . Mana sempat nak pergi jamuan tu kan . Serious penat gila kut . Dah lah esok dah sekolah , tak dapat nak bangun lambat sikit .
Dalam pukul 11 tu , aku dengan ros sampai Hotel Excelsior . Aku ingatkan cuma Jo Yee dengan Sue je rupanya dah ramai dah yang datang . Yang datang awal tu sebab dia orang nak buat rehearsal untuk persembahan . Then , dalam pukul 12 tu aku dengan Amy turun bawah sebab nak sambut tetamu . Sepatutnya aku dengan ya . Tapi disebabkan ya tak dapat datang , so aku mintak Amy tolong temankan . Segan kut kalau aku sorang sorang berdiri tegak dekat depan pintu masuk tu .
Dalam 12.45 tu , acara dimulakan . First bacaan doa , ucapan guru penasihat dan ucapan PK koko . Then , penyampaian sijil dan plak penghargaan . Dan aku jadi wakil untuk budak lower 6 . Err =3= Kena terpaksa tebalkan muka pergi depan dan menjadi perhatian kamera :) Sorry gambar aku ambik sijil tu ada dalam kamera Amy . Kalau aku dapat , aku upload sini .
Then makan time ! Yuhuuu~ Makanan dia .. boleh tahan la . Laksa dia , lain macam sikit . Mungkin laksa penang kut sebab tu aku tak biasa kan . But overall okey ! Kenyang gila kut . Cendol dia sedap sebab aku yang bancuh kan . hehehehehe secukup rasa !
Lepas tu , ada lucky draw . Nombor aku nombor 12 . Nombor tu tak bertuah T-T *menangis air mata darah* Sepatutnya aku sabotaj je kotak lucky draw tu letak semua nombor aku . hahahaha *gelak jahat* . Aku tak sanggup buat macam tu . Sebab kan nak dapat hamper , sanggup buat kerja jahat . Haram kut makanan hamper tu .
Happy holiday !
25 Oct 2012 | 16:08 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Yeay ! hari ni cuti tapi aku kena pergi sekolah jugak lorh . Sebab cikgu nak jumpa . Nak bincang pasal jamuan akhir tahun tu . Then kena buat kerja sikit . Letak riben dekat hamper tu je . Then teman Sue pergi fotostat kertas atur cara majlis tu . Lepas je dah habis buat semua benda alah tu , kita orang pergi pekan Ipoh nak ambik plak cenderahati yang kita orang dah tempah dulu . Tapi sebelum tu kena hantar ada sorang kawan chinese kami tu haa . Dia cakap dia tak nak ikut kami pergi ambik plak sebab takut mummy dia marah kan . So , hantarlah dia dulu . Waktu ambik plak tu pulak , tengok tengok ada satu plak yang tersilap . Kenalah inform dekat taukey tu kan . Kena ambik dalam pukul 3 . haih , kena datang balik ke sini . Dah lah jauh tapi tak pe kita orang kan suka jengjalan . Kita orang cadang nak pergi Giant Sunway . Makan Marrybrown . Dah puas makan McDonald je sekarang makan Marrybrown pulak . Sue order Nasi lemak MB , aku order Chicken chop , Jo Yee order burger . Lama tak makan Marrybrown kut . Aku rasa last aku makan waktu sekolah rendah . Itu pun waktu hari kanak kanak .
Then pergi Supermarket kejap . Sue dia nak beli barang . Dalam pukul 2.30 petang tu , pergi balik pekan Ipoh . Macam biasa la bila dalam kereta mesti bising gila nak mati . menyanyi tak tentu pasal . hehe Sampai je kedai plak tu , nasib plak tu dah siap tapi uncle tu tak ingat dia letak mana pulak dah -.- Tu la lain kali jangan letak merata-rata Uncle !
Lepas tu balik lah . Dalam pukul 3.30 dah sampai rumah . Dan mak aku tak ada dekat rumah . I'm alone dekat rumah . Haih nasib baik dalam 3.50 , mak aku dah balik .
Convert video youtube ke MP3
21 Oct 2012 | 16:54 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Alohh comelnya kucing tu kan ? hehe aku ambik gambar tu dari lappy Jo Yee waktu duty hari tu . Comel sangattt weh . Kalau aku ada kucing macam ni mesti best . Kalau dia hilang kompom aku meraung biar satu dunia tahu . Dan tak pasal pasal...
haa aku tampal disetiap pelusuk dunia . cewahh . haha tapi sebenarnya mak aku tak bagi bela kucing . Mengotorkan rumah je . Nanti 'biologi' dia tu , siapa yang nak cuci kan ? Aku teringin gila kut nak bela kucing tapi tak kesampaian .. Tak pe nanti dah besar nanti boleh lah aku bela kucing if dah ada rumah sendiri nanti .
Eh dah menyimpang dari tajuk kan ? hahaha okey kali ni aku nak ajarlah salah satu kepakaran aku . Pakar ke ? Pakar PSYCO kan orang memang aku profesional . hehe .
1. Firstly, korang ambik website video yang korang nak convert kan menjadi youtube
*Klik untuk besarkan*
2. Then bukak website ni SNIP MP3
*Pastikan korang dah download JAVA okey?*
Then korang tekan 'CONVERT' . Then akan ada keluar 'RUN THIS TIME' or 'RUN' , korang tekan je .
3. Then akan keluar macam ni . Terpulang pada korang la korang nak download 'standard quality' or 'high quality' . Kalau high Quality lambat sikit nak download . Aku pun selalu download 'standard quality' je pun.
Okey done ! Simple je kan ?
Love till the end
20 Oct 2012 | 20:20 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Salam Sejahtera . Konbangwa . Anyeong . Hello . Bonjour ! *hapdet blog sambil dengar lagu Starlight Tears by Nam GyuRi* hehe panjangkan ucapan salam aku tu haa sampai 6 bahasa . Hari ni cerita Lovers Of Haeundae dah habiss . Sepatutnya hari selasa lepas dah habis dah tapi disebabkan mak aku tengok Masterchef yang
Okey , actually aku tak ada cerita yang diceritakan pada hari ni . Tak ada idea . Tak pe lah biar aku merepek sikit dekat sini . Cinta sejati ? Wujud tetapi susah nak jumpa . Kan ? Belum tentu lagi orang yang kita tengah couple sekarang ni cinta sejati kita . Cinta sejati tu apabila susah senang kita , dia ada bersama . Setakat ni aku memang tak jumpa lagi la .
Comel je kan ? Dari kecik sampai mati tetap bersama . Itu lah namanya cinta sejati . Ye dak ? Aku berharap jugak suatu hari nanti aku akan jumpa cinta sejati aku . Seseorang yang boleh menerima kita seadanya .
From the first time we met, I knew we would be friends
You had a different air than others that I knew I am also alone in this world I’ve come to know Finally, I’ve met someone like you
I know that I might’ve been a bit cold at times
But that was just the way I dealt with all my fears You took the first step to show I don’t have to be alone And now I, I know I love you
I will be waiting for you
Don’t care how long it may take I will always be right here When you need to laugh or cry
You let me know
When you are ready to love And I will rush to your side To sweep you into my arms
Maybe one day you’ll know the love that I’ve kept inside
I know love comes with pain; it’s so hard to erase All that I’m asking is for you to let me stay here Don’t be scared; you can lean on me
I know I’ve found the one when I look into your eyes
I will wait by your side till you can give me your heart You don't need someone to complete you but you need someone accept you completely :) McDonald again, again and again
19 Oct 2012 | 23:18 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . huih terasa kenyang lagi lepas makan McDonald petang tadi lepas duty library . Kenyang masih terasa . Mana taknya , dengan kentang lagi , Sundae , Mc Chicken , Coke 2 (refill sekali) . Huiyoo~ bulan ni memang bulan menambahkan lemak bagi kita orang . Dalam bulan ni , kita orang dah makan McDonald 3 kali dan KFC sekali . Fast food~ fast food~
Tadi exam history , aku menjawab dengan penuh bersungguh-sungguh . Itu pun entah betul atau tidak . Ah lantaklah . Asal aku dah jawab . Huiyoo bukan main penuh lagi kertas soalan tu aku conteng . Sampai dah tak ada space dah nak tulis . Hebat tak ? hahahha Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab apa yang aku baca ada masuk . Seronok gila weh . Tapi 2 soalan je yang aku baca ada masuk exam . bab zaman feudal dengan Perang Dunia Pertama . Tu pun dah kira okey lah tu daripada semua soalan tu aku tak tahu . Naya kalau dapat kosong . Yang paling aku terkilan apabila masyarakat agraria tak masuk . Tiba tiba masuk maritim pulak . Haih , penat je baca , last last tak masuk .
burukkan tulisan aku ? biasa la tu tulisan conteng . Nak cepat punya pasal . Nanti melayang pulak benda yang aku ingat tu haa . Kan tak pasal pasal tak boleh nak jawab nanti .
Habis je duty , dalam 4.30 , kereta meluncur laju ke arah McDonald Medan Gopeng . Then pergi sana , rasa macam nampak cikgu Rosmawar tadi . Tapi dia buat drive-thru . so , tak dapat nak buat kepastian sama ada tu adalah cikgu Rosmawar or tak . Then bila masuk , terjumpa pulak abang Meerul dengan Choin tu haa . Habis weh sekotak domino's pizza dia orang makan . hehe Haa tadi kan , masa tengah makan , Jo Yee skype dengan Janice . Rindu Janice laa . Lama sangat tak jumpa dia . Dia dah nampak lain sikit :') Sze Yen pun nampak lain . Biasa lah kan dah dewasa mesti dah tak comot comot lagi . hehe haa aku cukup tak puas hati betul dengan ada dua orang pak cik tua ni . Pandang kita orang then jeling pulak . Eh apesal hah bila kita orang pergi mana-mana je mesti ada orang nak pandang lain macam ? Tak puas hati ke pun ? Gerak Gempur STPM
18 Oct 2012 | 21:02 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Dah 2 hari tak update kan ? Agak busy sikit dengan gerak gempur ni . Kalau bukak internet pun just bukak twitter . Eh nak promote sikit boleh tak ? Sesiapa yang ada twitter tu , follow lah kita --------> TWITTER Nanti aku follow korang balik :) Jangan risau, aku aktif twitter . Facebook dah kurang . Semakin lama semakin bosan . huh -.-
Pengajian Am, Bahasa Melayu, Microeconomi dah selesai dah . Sekarang nak fokus pada cik mek molek mak cik Sejarah tu haa . Haih , aku dah la tak suka sejarah . But..
Miss History, please be nice to me, okey ?
Huih , tadi Microeconomy susah gila bahagian A . Ala , bahagian aneka jawapan tu . Bahagian tu aku paling tak suka sekali . Kebanyakannya aku pakai main tembak je . Tu pun banyak yang tak mengena . Dan aku menyesal gila tak buat latihan dalam buku sebab appa ambik soalan bulat-bulat dalam buku latihan tu . Aaaa ! Haih nak buat macam mana . Redha je la . Kalau bahagian A tak dapat score , bahagian B dengan c ada lagi . Insya-Allah . Bahagian B paling best sekali . Bab buat graf dan esei . Yuhuu~ Untung aku ada baca . Alhamdulillah .
Nampak tak ketekunan study sejarah dunia ? Hahahaha apa yang aku baca tak melekat kat otaklah . Err .
Yes , I've fallen for you :')
15 Oct 2012 | 17:52 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Sweet je kan dua orang dekat atas tu ? Malangnya aku tak dapat tengok lagi cerita Heartstring . Sedih.. Tengah mengumpul duit ni nak beli DVD :) Lepas tu nak beli To the beautiful you . Alah , yang ada pakwe aku yang berlakon tu . Err siapa lagi kalau bukan si kacak tampan handsome comel Choi Minho . hehehe
The day when I first saw you
Your bright smile full of shyness we’ll get closer after today Every day, I have heart-fluttering expectations
What to say to you
How to get you to laugh I fear it’ll get awkward when I try to hold your hand All I can do is smile shyly
Hopefully we can speak banmal to each other
Even though it’s still awkward and unfamiliar Instead of saying ‘thank you’ Talk to me in a friendlier way
Hopefully we can speak banmal to each other
You walk towards me slowly, step by step Now look at my two eyes and tell me I love you
The day when I held your hand
I felt my heart stop beating I don’t even remember what I said All I feel is a flutter in my stomach
Hopefully we can speak banmal to each other
Even though it’s still awkward and unfamiliar Instead of saying ‘thank you’ Talk to me in a friendlier way
Hopefully we can speak banmal to each other
You walk towards me slowly, step by step Now look at my two eyes and tell me I love you
Hopefully we can fall in love with each other
I’ll never let go of your two hands from my grasp The light of your eyes, gazing at me I hope there will only be joyful smiles
We can probably fall in love with each other
We can lean on one another and take care of each other Looking into your eyes, my two eyes They’re talking to you I love you Rindu keluarga 5RC
13 Oct 2012 | 17:52 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Konichiwa Arigatou sayonara~ *eh melebih pulak dia* Comel plus sweet kan giraffe kat atas ni kan ? Comel gilaaa ...
Seriously , aku rindu gila keluarga 4RC/5RC dulu . Dia orang ni pun cakap nak buat reunion tapi sampai sekarang senyap je pun . Yelah masing masing dah masuk U lah , Poly . Masing-masing sibuk dengan study dia orang . Aku pun sibuk jugak , dengan STPM lagi kan . Tapi mungkin lah tak se-tension dia orang tu haa . Dia orang dengan assignment lagi kan . Aku , assignment penggal 2 nanti .
Berharap sangat dapat jumpa dia orang balik . Rindu dahsyat ni dekat dia orang . Kalau jumpa dia orang , kompom banyak cerita aku nak sembang . Agaknya sampai malam pun tak habis cerita lagi . hahahaha tu dah tahap dahsyat dah tu kan ? hehe
Jangan cakap STPM tu senang !
12 Oct 2012 | 20:39 | 2 budak comel cakap-cakap
*sorry entry panjang sikit*
Assalamualaikum . Hurm *melepaskan keluhan* . hehe Next week , gerak gempur STPM . Oh , tidak . Semestinya aku tak baca apa pun lagi ni . Mampus aku ! Dah lah susah gila nak mampus . Haa sampai tahap mampus tu . Jangan main-main . Selama ni aku ingatkan STPM ni susah macam SPM tapi sebenarnya lagi susah ! Korang mesti tak percaya kan kalau aku cakap STPM ni berada ditangga teratas dalam carta peperiksaan tersusah di dunia . Tak caya , hang pi tanya Mr. Google !
Sistem semakan untuk STPM memang lain gila daripada SPM . Kalau korang boleh score A+ sekali pun dalam bahasa Melayu SPM , tapi dalam STPM ni , nak dapat C+ pun susah weh . Aku kadang kadang rasa macam putus asa tapi aku yakin pada diri yang aku boleh buat jugak ! Insya-Allah . Bahasa Melayu , bukan je belajar karangan , pemahaman dengan tatabahasa tapi ada Sejarah Bahasa Melayu , asal usul bahasa Melayu , Fonologi , Morfologi , Simantik . Korang pernah ke dengar semua benda alah tu ? Tak pernah kan ? Aku bab sejarah BM tu aku okey tapi yang fonologi tu susah sikit . Kena pandai tahu macam mana sesebuah huruf tu berbunyi . Macam mana kedudukan lelangit keras , lelangit lembut . Perghh susah gilaa . Sejarah pulak ? Huh jangan cakap la . Susah gila . Sebab yang pertama ialah pasal Sejarah Dunia . Heh , kenapa la sejarah negara lain kita perlu tahu ? Buat pasal sejarah Islam or sejarah Malaysia pun dah okey la . Yang kedua , sebab bila time sejarah je mesti aku ZzZzZ.. hahaha Kerja aku , TIDUR . Walau macam mana pun aku cuba untuk tidak mengantuk dalam kelas sejarah , akhirnya tertidur jugak . Ish time sejarah jugak la si syaitan ni rojim nak bergayut dekat bulu mata aku ni haa . ceh ! Ramai kut yang keluar form 6 sebab tak tahan . Ada pulak yang sanggup pergi kolej swasta semata mata tak nak lalui STPM . Then ada ramai senior upper 6 yang hasut supaya keluar form 6 . hahaha Kalau boleh tahan , stay je la tapi siapa yang rasa tak boleh nak lalui STPM , pergi lah sambung belajar mana-mana . Aku , still nak stay form 6 walau apa pun yang terjadi . ewah . Aku kena yakin pada diri yang aku boleh buat . Kawan aku pun ada yang apply Poly sebab tak boleh nak pick up syllibus STPM . Err STPM memang susah . Aku setuju gila gila dengan pendapat pak cik aku "STPM ni lagi susah dari exam Universiti or kolej." Hehe eh bukan aku yang cakap . Pak cik aku tu haa . aku cuma mengiakan je . Seriously ! Susah susah STPM pun , ianya cepat tahu tak ? Tapi cuba korang bayangkan . Kalau aku stay form 6 , 1 tahun setengah . So , umur 19 tahun aku dah habis dah . Then masuk U terus buat Degree / Ijazah , 3 tahun . So , graduate masa umur 23 tahun . Then dah boleh kerja tapi kalau ambik Diploma ? Diploma dah 3 tahun , Ijazah lagi 4 tahun . So , total 7 tahun (Eh tak silap aku la) . Betul cakap Ustaz Chomel . Form 6 ni ada kelebihannya . Bila masuk form 6 , "Huk ala , apa kelass masuk Form 6. Tengok aku , nanti dapat diploma." kata A kepada B. *tolong la jangan cakap macam ni . Seriously , meluat aku dengar !* Bila B dah graduate , "Kau pulak bila nak graduate ? Aku dah graduate dah ni" kata B kepada A. Haa , jangan perleceh sangat la STPM ni . Orang yang ambik STPM ni la yang akan graduate dulu okey ! Cuba baca ni : ONLY THE TOUGHEST SURVIVE STPM HARD WORK: Many students are giving the exam a wide berth and, instead, opt for easier assessments
IT has been called "archaic", "anachronistic" and "a remnant of the Stone Age". It is also known as "the hardest exam in the world". Given a choice between wading chest-deep though crocodile-infested waters and sitting the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia examination, most students say they would choose the former. Indeed, it has been pointed out that only the extremely masochistic or one whose life provides no other options will attempt STPM. Or journalism.
STPM is certainly not for the weak of heart and feeble of will. Many have sat it, with disastrous results. I was one of those who scraped through, despite being an (almost) straight-A scorer in Sijil Pelajaran Malaysia. It took several years to overcome the humiliation and post-apocalyptic fallout that came with an almost failing grade in Physics.
As a result of this cataclysmic episode, I have, until today, nothing but the deepest respect and admiration for STPM top scorers, especially those who make it look so easy, scoring 5As even in the face of seemingly insurmountable odds. They manage it despite being blind, wheelchair-bound, afflicted with lung infection, or in the case of Ayah Pin's son, being the offspring of a cult leader.
It is mercilessly tough, and this is why it is unsurprising that many students usually give Form Six a wide berth after SPM, preferring instead, if they have the means, to enrol for matriculation programmes offered by private colleges, or to take the A Levels.
These programmes are perceived to be superior and better able to prepare students for university education.
Form Six student numbers have, thus, dwindled through the years, so much so that there was a proposal that it be abolished. Some schools have noted that up to 90 per cent of their students enrol in private colleges after SPM. Schools offering Form Six struggle to fill up classrooms.
Students cannot be blamed for choosing what they perceive as being a less arduous route. The programmes in private colleges use the modular or semester system and students feel it is easier for them to score good grades or pass rather than attempt STPM, which is based on one examination. One wrong move, or a queasy stomach on exam day, is capable of derailing two years of hard work.
The programmes offered in private colleges also do away with non-essential subjects and prepare students directly for their intended careers.
The perception, therefore, is that Sixth Formers are the system's leftovers, or those who cannot afford private education or gain entry into matriculation programmes. That is as good for their self-esteem as being the target of a school bully's cruel jibes.
It was against this scenario that an announcement was made last week to re-brand Form Six to make it more attractive for SPM-leavers. It is not exactly a new endeavour as at least one other move to revitalise Form Six has been made in the past.
Some educationists believe, however, that the more pertinent question about STPM is not so much about its diminishing popularity but whether it should be there at all. Should it be scrapped together with matriculation, and a common entrance examination into public universities be introduced in their stead?
That there are two systems for university entry -- STPM and matriculation -- has been a source of discontentment for many years, more so since intake into public universities became merit-based in 2002.
This year, there are 83,000 Form Six students and 26,000 matriculation students nationwide.
Matriculation programmes, some say, give students an unfair advantage as they are "easier".
They have different evaluation procedures: STPM is affiliated with the Cambridge Local Examinations Syndicate, while matriculation is based on coursework, exams and lecturer evaluation.
Some of the disgruntlement with matriculation, however, eased somewhat when entry requirements for matriculation colleges were relaxed to admit up to 10 per cent non-Bumiputera students. Just recently, too, MIC demanded additional seats for Indian students, and the numbers were increased to 1,500 from 500.
But it's still there. Perhaps one way forward is for universities to work together to come up with a common entrance examination, like SAT (Standard Assessment Test) used in the United States.
Indeed, to put STPM and matriculation in one basket for comparison for places in public universities has long been described as iniquitous. We cannot compare them as they are essentially two different examinations.
credit to : New Straits Times Hari Jumaat adalah hari gelak sedunia
| 19:00 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Huiyoo kenyang lepas makan set X-meal Kentucky Fried Chicken . Apa lagi KFC . hehehe lepas je duty library , kita orang terus pergi melencong ke sana . Firstly nak pergi McD tapi tak jadi sebab McD Medan Gopeng tu ramai sangat orang . So , pergi KFC la . Huh macam biasa la kita orang , mesti bising walau dimana saja kami berada . hahaha . hah , tadi kan ada 3 orang budak pandang aku lain macam je . Huk ala , tak puas hati ke pun ? Kau ingat budak pakai baju sekolah tak boleh pergi makan KFC ke pungg ? Ish nak je aku cocok bijik mata dia tu !
Seriously , setiap kali hari jumaat , mesti kami akan gelak gila kaw kaw . Tak macam hari lain . Hari ni kerjanya berimaginasi tinggi mengenai 'husband-husband' kami tu haa . Pasal tu la pasal ni la . Eh tak boleh nak cerita direct , umum sangat la ..
Tadi dekat kelas lagi dahsyat . Si 'Madu' tu tak habis habis memuji si 'N' tu chomel . Err .. Kadang-kadang lawak jugak tengok dia orang tu gaduh . Bergaduh nak merebut 'N' . hehehe Seriously , lawak gila . Semua orang gelak mengekek je . Kalau difikirkan balik , sumpah lawak habis !
Oh MUET !
11 Oct 2012 | 15:05 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Salam sejahtera . hehe Uishh kenyang betul lepas makan satu pinggan nasi goreng . haha . sekarang ni aku tengah tengok cerita Dia Jantung Hati ku ? Err betul ke ? Sorry aku tak layan cerita indon yang sungguh
Tadi kan , waktu subjek MUET tadi , bincang la pasal materialistic ni . Adakah ia perlu atau pun tidak . Then Sir tanya ..
"Is it money can buy prosperous life ?" *err aku pun tak ingat dia cakap macam mana*
Heheh *gelak jahat macam pontianak , kuntilanak , semua ada* so , aku jawab la ..
"I just think about burger ."
*tiba-tiba teringat prosperity burger . Mak ai , sedap gilaa :D
"Yeah , only McD can explain everything !" heheh Sir dah gelak gelak dah .
Sebelum ni ada perkataan Domino . Tiba-tiba terfikir Domino's Pizza . haha . Haih , tiba-tiba jadi lapar pulak . Siapa nak belanja aku makan Samurai Burger ? heheh
Bila kelas sejarah jadi kelas pendidikan seni
10 Oct 2012 | 19:49 | 0 budak comel cakap-cakap
Tadi kan , waktu sejarah , ermm macam biasa lah . Aku mesti tak fokus punya . Kalau tak sembang , tidur (duduk bilik air conditioner , memang lena gila la) , tak pun berangan . hahaha yang akhir sekali tu aku paling suka . BERANGAN ! Entah la , aku suka imagine macam macam . Err jangan pimples datang pulak , sudah ! Kalau semalam aku tidur , hari ni aku menunjukkan bakat aku yang tak seberapa tu . Hari ni aku melukis . Haha memang tak de kerja kan ?
Tu pun belum lagi aku letak gambar si mikan dalam cerita atashinchi tu lagi . haa , buruk kan ? Ah , lantaklah . Mengisi masa lapang . Err lapang la sangat kan ! Padahal masa sejarah pulak tu . Cehh ! Sorry , cikgu :') Saya akan buat yang terbaik di STPM nanti . hehe
Tertulis buat kita
9 Oct 2012 | 16:18 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Aku tengah excited ni . Yeahh akhirnya buah tangan novelis favourite aku , Dhiya Zafira dah nak keluar pasaran . Tajuk : Tertulis buat kita . Tak sabarnya nak beli ! Novel dia memang best . Dah 2 novel dia dah aku beli . Pasal novel yang baru ni , aku tahu pun sebab aku tengok dalam facebook dia .
Cerita ni sebenarnya sambungan cerita Jauh Kau Pergi . Tu sebab la aku excited sangat nak beli sebab novel Jauh Kau Pergi tu aku dah ada :) yuhuu~ Kali ni cerita pasal cinta NAJMI HARIRI a.k.a Jimmy , abang afiqah !
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”
credit to : Dhiya Zafira's facebook
Good Luck for PMR !
8 Oct 2012 | 21:01 | 1 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . *tengah menangis ni* Tengok cerita Korea , "Love You a Thousand Times" Sedih gilaa . Mak aku pun layan jugak cerita korea ni haa . Seronok jugak la jalan ceritanya . Oh ya , esok semua budak form 3 batch 97 akan menghadapi peperiksaan PMR kan ? So , aku nak bagi ler tips tips sikit untuk korang yang hadapi PMR esok . eh tips ni boleh digunakan untuk semua exam . Tak kira lah exam umum ke , exam biasa ke , ianya tetap exam . citt ! apa yang aku merepek ni ? *abaikan* Aku pun bakal menghadapi exam besar jugak , exam STPM . perghh nervous bukan main !
1. Jangan terlalu panik
Jangan terlampau panik . Buat biasa je . Disaat akhir tu hanya tawakal dan berdoa agar korang dapat buat yang terbaik . Kalau korang terlampau gubra , waktu nak jawab exam tu nanti , habis semua maklumat yang korang letak dalam minda 'jangka pendek' korang tu terbang melayang . Kan susah tu .
2. Banyak buat latih tubi
Korang kena banyak buat latih tubi . Aku yakin ini adalah jalan terbaik dan berkesan kalau nak permudahkan jawab soalan exam . Terutamanya Matematik sebab matematik tak perlu dibaca .
3. Kaji soalan tahun-tahun lepas
Korang kena kaji semua soalan tahun-tahun lepas . Melalui cara ni , korang akan dapat mengagak apa yang akan keluar dalam exam tahun ni .
4. Buat study group
Sebenarnya study group ni ada kebaikan dan keburukannya . Tapi kita ambik yang baik aje la . Jangan la masa study group tu korang buat time bersembang pulak . Kan dah membazir masa tu .Lagi pulak study group ni membolehkan korang berkongsi pendapat dan idea untuk belajar .
5. Buat nota ringkas
Korang kena buat nota ringkas sebab cara ni senang . Lagi pulak ringan nak bawak ke mana-mana . Tak de la nak bawak buku setebal 5 inci tu ke sana ke sini . Bila free , boleh jugak korang baca . Tapi jangan guna cara ni untuk meniru dalam exam . Ish , bahaya tu . PLEASE DON'T TRY THIS IN EXAM !
6. Jaga kesihatan
Korang kena lah jaga kesihatan . pastikan korang jaga permakanan korang tu . Jangan la makan terlampau berlebihan . Nanti , bawa penyakit pulak . nanti terpaksa jawab exam dekat hospital . Kan masalah tu .
7. Tidur yang cukup
Pastikan korang tidur secukupnya . Sekurang-kurangnya 7 or 8 jam . Kalau korang tak cukup tidur , nanti korang akan hilang tumpuan dan korang akan tidur dalam exam tu nanti .
8. Banyakkan berdoa dan solat
Banyak-banyakkan berdoa agar apa yang korang baca tu ingat dalam otak korang tu dan dapat menjawab soalan exam dengan lancar .
Anyway , GOOD LUCK !
Menyinar bagai Kelip-Kelip
| 17:58 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Hari ni terasa macam nak bercerita pasal kelip-kelip . Korang tahu kan kelip kelip or fireflies tu apa ? Alah binatang yang boleh keluarkan cahaya tu . Seriously aku suka kelip kelip :) Tiba-tiba teringat pasal cerita 29 Februari . Alah , yang ada abang aku berlakon tu , Remy Ishak . hahaha abang la sangat kann.. Kan dia ada nyanyi lagu Kelip-kelip . Serious aku suka lagu tu .
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju Mari ku pimpin ke sana Ku bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah Ku dengan setia membimbing Menyinar bagai kelip-kelip
Part yang aku suka :) Cerita tu sedih woo . Dua-dua mati . Sad Ending~ So , selidik punya selidik , aku nak bagi sedikit fakta pasal fireflies ni .
Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.
Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik.
Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.
Tahukah anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.
Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.
credit : Kelip-Kelip Kuala Selangor Birthday Girl : Princess of The Day ♥
7 Oct 2012 | 21:49 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Hari ni , yang bertarikh 7 October 2012 , dengan secara rasminya Maisarah binti Mazral dah menginjak 18 tahun . Yuhuuu~ Heyy thanks to all yang wish birthday aku hari ni . Jasamu amat dikenang . ewahh . Sekurang kurangnya dia orang ingat aku :D itu sudah memadai . ye dak ?
Yeay , Happy Birthday To Me !
Hehe tiba tiba teringat pada birthday tahun lepas . haih nasib aku la dapat oreo seketul dan nak dekat masuk angin . Dan dapat kek yang dilukis pada meja
Dan aku ingat lagi tahun lepas yang aku kena baling bedak johnson bebehh tu . Habis wangi aku satu hari tu . hihi Jahat betul mereka ni . Serious aku rindu waktu tu . Kan best kalau macam cerita 100 HariJadi tu . Kita akan melalui hari jadi yang sama selama seratus kali :D
Sayang gila la nak makan Choco Panda tu . Nak tak nak kena makan jugak . Sedap jugak tau . Ah , menyesalnya tak beli dua T-T ehehe aku beli benda ni dekat The Baker's Cottage dekat Jusco Kinta City semalam . then terjumpa dengan kawan lama . Budak SK Tambun dulu . Dia ingat aku tapi aku pulak yang tak berapa nak ingat dia . Muka aku cam tapi nama tak tahu . Sorry Siti Irdayana :) Aku dah ingat dah nama kau :D
" I'm a big big girl in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
But I do do feel that I too too will
Miss you much , miss you much "
Sekejap je aku dah menginjak usia dewasa . Kini aku dah 18 tahun . Dah tua dah pungg . Tak sesuai nak nyanyi lagu WE ARE YOUNG dah :) hehe
Hadiah-hadiah saya :)
|