|
Syukur ke hadrat Illahi.
19 Mar 2014 | 17:50 | 0 budak comel cakap-cakap
ASSALAMUALAIKUM. Hari ni mood aku sangat baik dan I'm happy! Weeeee :D Result STPM aku dah keluar dan Alhamdulillah, langsung tak sangka akan dapat markah sebegini rupa. ecece ayat langsung tak boleh blar. Syukurrr dan aku juga mengucapkan tahniah kepada calon lain yang berjaya mendapatkan 3 pointer ke atas dan tak lupa juga kepada mereka yang dapat 4 flat. Jelesss gila siapa yang dapat 4 flat tu. Otak dia orang tu google ke apa? hihihihi
Berkat usaha (yang tak berapa nak usaha sangat, asyik duduk depan lappy je dan sangat suka study last minute), benda yang mustahil boleh jadi tak mustahil. Tadi masa pergi sekolah, (sebelum dapat result) dari jauh lagi cikgu dah melaung-laung nama aku. Wah sampai macam tu reaksinya. heheh Ingatkan hebat gilosss (4flat) tapi tidak. hahahha berangan je lah kau, maisarah oi! *saja je nak bagi suspens.
Tadi, gila semangat lah aku isi borang UPU. HArap-harap ada lah yang melekat salah satu pilihan aku tu. Insya-Allah. Kalau ada rezeki tak kemana. Kalau dapat top universiti, mesti best gila kan? Siapa yang tak berangan, aku juga begitu. Tapi kalau dapat universiti biasa pun, sudah bersyukur.
p/s : Good luck kepada adik-adik batch 96 yang mengambil keputusan SPM esok. :)
|