|
Hari Jumaat adalah hari gelak sedunia
12 Oct 2012 | 19:00 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Huiyoo kenyang lepas makan set X-meal Kentucky Fried Chicken . Apa lagi KFC . hehehe lepas je duty library , kita orang terus pergi melencong ke sana . Firstly nak pergi McD tapi tak jadi sebab McD Medan Gopeng tu ramai sangat orang . So , pergi KFC la . Huh macam biasa la kita orang , mesti bising walau dimana saja kami berada . hahaha . hah , tadi kan ada 3 orang budak pandang aku lain macam je . Huk ala , tak puas hati ke pun ? Kau ingat budak pakai baju sekolah tak boleh pergi makan KFC ke pungg ? Ish nak je aku cocok bijik mata dia tu !
Seriously , setiap kali hari jumaat , mesti kami akan gelak gila kaw kaw . Tak macam hari lain . Hari ni kerjanya berimaginasi tinggi mengenai 'husband-husband' kami tu haa . Pasal tu la pasal ni la . Eh tak boleh nak cerita direct , umum sangat la ..
Tadi dekat kelas lagi dahsyat . Si 'Madu' tu tak habis habis memuji si 'N' tu chomel . Err .. Kadang-kadang lawak jugak tengok dia orang tu gaduh . Bergaduh nak merebut 'N' . hehehe Seriously , lawak gila . Semua orang gelak mengekek je . Kalau difikirkan balik , sumpah lawak habis !
|