|
Mengimbau zaman sekolah ^____^
6 Jan 2012 | 14:42 | 0 budak comel cakap-cakap
semua orang penah mengalami zaman persekolahan kan ?? yang kecik tu pon nanti akan mengalaminya jugak la . Ramai orang cakap yang sekolah tu membosankan , tapi hakikat sebenarnya , sekolah tu memang best ! time sekolah tu , memang tak sabar nak habis sekolah . yang dah habis sekolah tu , rasa macam nak balik ke sekolah balik . Haha .. macam aku laa tu . so , sekarang ni aku nak mengimbau kembali lah aku punya zaman persekolahan aku yang memang betul-betul seronok lah . ^_______^ Tadika : tadika memang best lah . ye lah , time tu lah nak belajar ABCD . waktu tu belajar yang mudah2 je . ada penah sekali tu , aku ikut kawan aku pergi keluar tadika semata-mata nak beli air gas . haha . time tadika pun dah berani nak kuar curi-curi . ehh , tapi bukan ponteng kelas yaa ! kalau aku ponteng kelas , hmm kompom kantoi dengan mak sebab cikgu Opie memang rapat dengan mak aku . Sekolah Rendah : SK Tambun sekolah rendah pulak , seronok jugak lah . time sekolah standard 1 , aku ada kawan baik dengan kembar . nama dia orang pun dah nak dekat sama je dengan aku . Nama dia orang Maisura dengan Maisuri . kembar yang comel sangat . time tuu aku kelas ke 3 : kelas cemerlang . time aku darjah 1 , aku jadi Penolong ketua kelas ._______. bangga habis ! Standard 2 pulak , naik kelas ! dapat kelas pertama lah . kelas Bestari . kelas tu kekal sampai lah aku standard 6 . tak penah berubah pun . time standard 6 : jadi prefect yang sakai . bhahahaha dulu time aku sekolah situ , aku ada masuk Netball . cikgu Norsiah ajak aku masuk sebab cikgu cakap aku tinggi . tinggi ke ?? hmm . no comment . tak lama kemudian , aku stop sebab aku banyak kali kena ponteng kelas agama . Selain tu , aku aktif Taekwondo jugak . aku dapat belajar just sampai blue 2 belt je . ala , lagi sikit je nak dapat black belt . tergendala aktiviti aku sebab sekolah menengah tak ada kelab tu . Aku pun aktif olahraga jugak . aku penah wakili sekolah dalam 4X100 m dekat Stadium Perak . tapi tak ada rezeki setakat no 3 je . acara jemputan sekolah pulak , tak sangka menang no 1 . saingan yang hebat betul dengan sekolah PPH (pasukan polis hutan) mana taknya , semuanya anak polis hutan -.- UPSR ? 5A je :D Sekolah Menengah : SMK Raja Chulan sekolah menengah yang paling best . sebab rasa macam diri tu dah besar . kain sekolah pun dah bertukar . dari biru gelap ke biru laut . Mula-mula rancang nak masuk Sekolah Cluster Gunung Rapat . sebab aku pun aktif dalam sukan kan ? tapi .. aku tolak . hmm .. semua sebab kawan punya pasal . sumpah , menyesal dohh ! .__. kalau aku masuk dulu , kompom jadi atlet yang berjaya kott ! haha . perasan ! form 1 , aku kelas A1 . bila 11 Jan 2007 , aku pun pindah lah ke kelas 1RK . Kelas untuk budak asrama je . aku dapat asrama . duduk dorm teja . bila duduk asrama , ramai kenal dengan senior2 yang baik gila . dia orang sporting aje dengan aku . bila duduk asrama , aku dapat seorang kakak angkat . dia baik sangat . kekadang dia selalu ajar bahasa Jepun . serious dia ajar memang faham gila . tak sampai 2 minggu aku duduk situ , aku keluar asrama . pliss , jangan tanya kenapa ! ade laaa .. secreto de amore lah . bila masuk kelas 1A1 balik , aku mula kenal dengan kawan baru . kita orang kawan sampai lah sekarang ni . Bila dah sekolah menengah ni , aku kurang aktif sangat dah dengan sukan . malas punya pasal . ehh , sejak bila pulak aku jd malas dalam sukan ni ? aku pun tak tau . padahal aku minat gila . Bila aku menengah atas , aku kelas 4RC dan 5RC . aku ingat lagi peristiwa time birthday aku tahun lepas . habis wangi aku kena lumur dengan bedak jonson bebehh dengan kawan . yang tak boleh blar nya bila ecah dengan ros bagi aku kek . nak tau kek ape ? kek yang dilukis pada meja haha . bengong lah . sumpah memang aku gelak gila nak mati . siap suruh tiup bagai -,- lepas tu ecah dengan ros bagi hadiah . hadiah ecah punya oke lagi . ros punya yang tak boleh blar . nak tau hadiah ape ? biskut oreo yang dah masuk angin ehh , aku tetap makan jugak oke ?? tak de lah masuk angin sangat . Hari terakhir sekolah lagi best . bila habis je paper akaun , memang lega habis lah . bila dekat tempat letak moto je , mula lah adegan membaling tepung . masing-masing macam opera cina je aku tengok . kalau nak baca TEKAN SINI wehh , serious aku rindu korang lahh ! :D |