|
Sayonara >> Zaman Persekolahan
5 Dec 2011 | 21:18 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum .. Korang dah baca tajuk entry aku kat atas ? Perasaan ? : Gembira berbaur sedih .. Gembira sebab lepas ni tak payah dah nak penat2 pergi sekolah dah , tak payah bangun awal-awal tunggu bas depan rumah , tak payah pakai baju sekolah , tak payah hadap muka MAMA D . Oppsss ! ahahaha Sedih , sebab tak dapat lepak dengan kawan macam time sekolah dulu . ye laa .. lepas ni dah tak boleh nak makan sama-sama , tak boleh nak sembang panjang , tak boleh nak belajar sama-sama dah .. nanti mesti aku rindu korang semua . oke , dah .. dah .. tak nak feeling lebih .. haha tadi , alhamdulillah boleh tahan jugak lah soalan akaun tadi . nasib baik kali ni cukup masa nak buat . syukur sangat . hmm .. tepat aje habis exam , tang tempat letak motor , bermula lah agenda membaling tepung . haha semua muka dah macam opera cina aje aku tengok . termasuk lah dengan aku sekali . haha first , nak guna telur sekali tapi bila fikir balik , berbau hanyir pulak sorang-sorang karang . dah lah aku naik kereta , bau harum semerbak dalam kereta tu nanti . membebel pulak mummy aku tu nanti . haih , Sumpah , memang aku akan rindu zaman persekolahan aku ! :D |