|
Experience hang out paling gempak XD
19 Jan 2012 | 11:43 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . sihat ke ? Alhamdulillah lah kalau sihat . siapa yang tak sihat tu , jangan lupa makan ubat . hehe kelmarin , hari selasa hari tu , aku dengan bestie aku , Suhaily (tp aku panggil dia sehale je) kuar pergi Jusco Kinta City ish .. macam tak ada tempat lain je nak pergi . hehe tu feberet spot aku . aku tak suka sangat pergi Ipoh Parade . lagi pun mak aku pun tak bagi sangat aku pergi sana . mula mula kawan aku, Ros yang beria mengajak keluar . hmm , last last dia yang tak jadi nak keluar . so , aku dengan Sehale dua orang aje lah . oke , dalam pukul 11 lebih kurang , sehale pun datang dengan menaiki motor dia tu . aku pergi tumpang sehale je sebab dia yang beria ngajak naik motor dengan dia sekali . aku tak ada masalah . aku onn je . lagi pulak mak aku pun bukannya rajin sangat nak hantar akuke JJ tu . then , atas motor tu pott pett pott pett bersembang . mana tak nya , lama kott tak jumpa . last jumpa pun time exam akaun hari tu . dia bercerita pasal sekolah chulan yang dah ada peraturan yang sangat ketatt . huih , untung laa aku dah habis belajar dah . selamat .. haha ehh , aku lupa pulak nak tanya dia pasal tandas R&R dekat sekolah tu dah siap ke belum . dalam pukul 11.30 kott , kita orang sampai kat JJ . mula mula nak tengok wayang , nak tengok Alvin tapi dah lepas lah . pukul 11.15 dah start . mula mula tak jadi nak tengok wayang . tapi last last bila dah terasa bosan sangat tak tau nak buat apa , order lah jugak tiket wayang . tengok cerita 'Ada Sesuatu Yang Tertinggal' perghh , aku jarang tengok cerita hantu ni . kita orang ambik movie pukul 3.05 pm . first nak ambik pukul 1.00 pm , tapi tu time aku nak makan . nak sembahyang lagi . lepas tu , merayap lah kejap satu JJ tu . bila dah rasa penat tuu , kita orang singgah dekat KFC . aku order Snack Plate je . cukup cukup RM10 . sambil makan tuu , pott pett pott pett lagi . haha , banyak sangat cerita .. tengah pot pett tuu , tak sedar pun aku dah lantak 2 ketul ayam . haha . sebelum ni aku larat makan seketul ayam je . ayam kedua memang tak boleh masukk dah . then , kita orang cadang nak ke surau , tapi lambat lagi nak masuk waktu . so , kita orang merayap lah dekat Jusco kejap . pergi dekat games corner kejap . lepas tu pergi dekat anak patung . ada angry bird lah . actually aku bukan lah peminat tegar angry bird sangat . sehale ambikk lah ba alif ba yaa .. bila pegang berbunyi krokhh .. krokhh haha .. bunyi babi dalam angry bird tu . lawakk lah bunyi tu . hehe hampir semua angry bird kita orang cuba pegang . cuma angry bird bomm tu tak ade lah . time nak keluar tu , sempat lagi kita orang usha Samsung Galaxy Note dengan SG Tab . hampir semua Galaxy Tab kita orang try . haha . tak ade keje !! lepas dah sembahyang tu , kita orang pergi dekat S&J kott ( tak silap aku lah) saje je tengok barang barang dekat situ . lepas tu , kita orang sempat lagi singgah Speedy . apa lagi , tengok dekat korean corner lah . tapi tak ada cerita best lah .. lepas tu , dalam nak dekat pukul 2.45 macam tuu , kita orang naik lah . nak tunggu kat atas je . sempat lagi kita orang singgah Arcade main ape entah permainan tu . kena tekan button untuk ikut rentak lagu . itu lah permainan feberet sehale . asal datang JJ je , main benda tuu . haih , macam tak ade benda lain je .. hehe lepas tuu , aku pergi beli Popcorn sebab nak makan dalam panggung tu . bila panggung 1 dah bukak , kita orang cepat cepat aje naik . bila bukak je pintu panggung tu , huih ramainya orang tangan dibahu mata pandang ke atas cuma 2 orang je ? termasuk kita orang , jadi 4 orang . perghh , panggung yang sebesar tu cuma ada 4 orang je ? dahsyat betul ! first time wehh aku mengalami situasi macam ni . rasa macam VVVIP pulak ! ahakk . bak kata sehale , macam F4 dalam cerita Boys Over Flower tuu . tak lama kemudian , masuk lah lagi 2 orang . haih , cerita nya agak membosankan . aku rasa macam nak tido je time tu . T-T melayang duit RM13 aku dohh ! dah lah tiket mahal pulak tuu . cekik darah betul lahh . lepas dah habis movie tu , kita orang pergi sembahyang Asar kejap . then , singgah popular . sehale nak beli Word Search lepas tu kita orang pun balik lah .. sebelum dia hantar aku balik , sempat lagi kita orang singgah 7Eleven . sebab dulu dia ada cakap nak belanja aku Big Gulp tapi malangnya , 7E dekat situ tak hadoo .. so , dia belanja aku Slurppee je . perghh , manis gila derr . boleh dapat diabetes aku kalau macam nii . haih , Mengimbau zaman sekolah ^____^
6 Jan 2012 | 14:42 | 0 budak comel cakap-cakap
semua orang penah mengalami zaman persekolahan kan ?? yang kecik tu pon nanti akan mengalaminya jugak la . Ramai orang cakap yang sekolah tu membosankan , tapi hakikat sebenarnya , sekolah tu memang best ! time sekolah tu , memang tak sabar nak habis sekolah . yang dah habis sekolah tu , rasa macam nak balik ke sekolah balik . Haha .. macam aku laa tu . so , sekarang ni aku nak mengimbau kembali lah aku punya zaman persekolahan aku yang memang betul-betul seronok lah . ^_______^ Tadika : tadika memang best lah . ye lah , time tu lah nak belajar ABCD . waktu tu belajar yang mudah2 je . ada penah sekali tu , aku ikut kawan aku pergi keluar tadika semata-mata nak beli air gas . haha . time tadika pun dah berani nak kuar curi-curi . ehh , tapi bukan ponteng kelas yaa ! kalau aku ponteng kelas , hmm kompom kantoi dengan mak sebab cikgu Opie memang rapat dengan mak aku . Sekolah Rendah : SK Tambun sekolah rendah pulak , seronok jugak lah . time sekolah standard 1 , aku ada kawan baik dengan kembar . nama dia orang pun dah nak dekat sama je dengan aku . Nama dia orang Maisura dengan Maisuri . kembar yang comel sangat . time tuu aku kelas ke 3 : kelas cemerlang . time aku darjah 1 , aku jadi Penolong ketua kelas ._______. bangga habis ! Standard 2 pulak , naik kelas ! dapat kelas pertama lah . kelas Bestari . kelas tu kekal sampai lah aku standard 6 . tak penah berubah pun . time standard 6 : jadi prefect yang sakai . bhahahaha dulu time aku sekolah situ , aku ada masuk Netball . cikgu Norsiah ajak aku masuk sebab cikgu cakap aku tinggi . tinggi ke ?? hmm . no comment . tak lama kemudian , aku stop sebab aku banyak kali kena ponteng kelas agama . Selain tu , aku aktif Taekwondo jugak . aku dapat belajar just sampai blue 2 belt je . ala , lagi sikit je nak dapat black belt . tergendala aktiviti aku sebab sekolah menengah tak ada kelab tu . Aku pun aktif olahraga jugak . aku penah wakili sekolah dalam 4X100 m dekat Stadium Perak . tapi tak ada rezeki setakat no 3 je . acara jemputan sekolah pulak , tak sangka menang no 1 . saingan yang hebat betul dengan sekolah PPH (pasukan polis hutan) mana taknya , semuanya anak polis hutan -.- UPSR ? 5A je :D Sekolah Menengah : SMK Raja Chulan sekolah menengah yang paling best . sebab rasa macam diri tu dah besar . kain sekolah pun dah bertukar . dari biru gelap ke biru laut . Mula-mula rancang nak masuk Sekolah Cluster Gunung Rapat . sebab aku pun aktif dalam sukan kan ? tapi .. aku tolak . hmm .. semua sebab kawan punya pasal . sumpah , menyesal dohh ! .__. kalau aku masuk dulu , kompom jadi atlet yang berjaya kott ! haha . perasan ! form 1 , aku kelas A1 . bila 11 Jan 2007 , aku pun pindah lah ke kelas 1RK . Kelas untuk budak asrama je . aku dapat asrama . duduk dorm teja . bila duduk asrama , ramai kenal dengan senior2 yang baik gila . dia orang sporting aje dengan aku . bila duduk asrama , aku dapat seorang kakak angkat . dia baik sangat . kekadang dia selalu ajar bahasa Jepun . serious dia ajar memang faham gila . tak sampai 2 minggu aku duduk situ , aku keluar asrama . pliss , jangan tanya kenapa ! ade laaa .. secreto de amore lah . bila masuk kelas 1A1 balik , aku mula kenal dengan kawan baru . kita orang kawan sampai lah sekarang ni . Bila dah sekolah menengah ni , aku kurang aktif sangat dah dengan sukan . malas punya pasal . ehh , sejak bila pulak aku jd malas dalam sukan ni ? aku pun tak tau . padahal aku minat gila . Bila aku menengah atas , aku kelas 4RC dan 5RC . aku ingat lagi peristiwa time birthday aku tahun lepas . habis wangi aku kena lumur dengan bedak jonson bebehh dengan kawan . yang tak boleh blar nya bila ecah dengan ros bagi aku kek . nak tau kek ape ? kek yang dilukis pada meja haha . bengong lah . sumpah memang aku gelak gila nak mati . siap suruh tiup bagai -,- lepas tu ecah dengan ros bagi hadiah . hadiah ecah punya oke lagi . ros punya yang tak boleh blar . nak tau hadiah ape ? biskut oreo yang dah masuk angin ehh , aku tetap makan jugak oke ?? tak de lah masuk angin sangat . Hari terakhir sekolah lagi best . bila habis je paper akaun , memang lega habis lah . bila dekat tempat letak moto je , mula lah adegan membaling tepung . masing-masing macam opera cina je aku tengok . kalau nak baca TEKAN SINI wehh , serious aku rindu korang lahh ! :D |