|
goodbye 2012 and hello 2013
31 Dec 2012 | 23:05 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. sedar tak sedar kita dah penghujung tahun. esok je dah tahu baru. lusa, say hello to school. alahai, dah tak boleh nak bangun lambat dah lepas ni. tak pe. tinggal setahun je lagi. then, habis sekolah. yeayy freedom buat seketika *eksited* wish tahun baru, semoga aku dah tak malas malas dah dan harap sangat tahun 2013 merupakan tahun yang bertuah untuk aku. Amin. lepas ni dah tak mau main main dah. kena be serious dengan apa yang aku nak buat. itu je lah untuk hari ni. hari ni post aku ringan je sebab aku pun update guna phone sebab malas punya pasal nak bukak lappy nak update blog :) lagi pulak dah malam malam macam ni kan, malas sunguh. alang alang dah online phone, aku pun update lah. Sijil LCCI (London Chamber of Commerce and Industry)
24 Dec 2012 | 19:20 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Oh yeahh. Dapat juga akhirnya sijil yang aku tunggu-tunggukan selama nak dekat setahun kut? Eh? Mungkin kurang daripada tu. haha nasib cikgu Hajar ada bagitau Ad. So, Ad beritahu aku la yang sijil tu dah sampai.
London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan. Sejak tahun 1881, pengiktirafan LCCI telah banyak membantu para pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan. Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan, kemahiran vokasional LCCImerupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan kecekapan di dalam industri yang berkaitan. Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai graduan LCCI untuk memasuki universiti dan badan professional. LCCI mempunyai pelajar di seluruh Asia melebihi 24 buah Negara dan terkemuka terutama di Singapora, Malaysia dan Hong Kong. Peperiksaan LCCI telah dijalankan di Malaysia lebih daripada 70 tahun dan pelajar dari satu generasi ke generasi telah mencapai kejayaan di dalam kerjaya dengan kelulusan kewangan LCCI. Apakah Projek Dua Pensijilan SPM? Projek Dua Pensijilan SPM merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan LCCI International Qualifications untuk menganugerahkan pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang layak menerima sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’ dari LCCI International Qualifications. Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan akademik pelajar serta menaikkan daya saing mereka dengan kehendak dunia pekerjaan. Pelajar yang mempunyai sijil ini berserta dengan kemahiran tertentu, sudah pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah. Siapakah yang Layak Memohon Sijil LCCI? Semua pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang memperolehi gred 6C dank e atas akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)’. Selain itu, pelajar yang memperolehi gred 6C dan ke atas bagi SPM Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119 akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’. Wajib Tengok : Rise of the Guardians
4 Dec 2012 | 19:27 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Hari ni penat gila woo pergi jengjalan dan tengok wayang dekat Jusco. Dari pukul 10.30 sampailah 4.30 petang. Kaki ni rasa macam nak tercabut sebab jalan satu bangunan tu. Dan.. Aku tak sangka aku akan terserempak dengan orang yang aku benci sangat-sangat. Spoil gila mood aku la. Aku buat donno je. Malas nak layan. Pandang macam tak puas hati je. Kalau tak puas hati, cakap face to face lah !
Okey, stop cerita pasal budak annoying gila tu. Buat aku sakit hati je. Okey, tadi tengok wayang. Cerita Rise of the guardian. Oh my.. Best gilaa . Serious lawak sangat. Aku gerenti korang akan suka. Firstly, aku ada jugak terlintas..
"Best ke cerita ni? Cerita ni pasal apa?"
Gaya macam tak yakinlah yang cerita tu super best kan. Lepas dah layan. Wow! It's amazing. Best lah. Comel je mereka semua tu. Especially orang kerdil yang dalam istana Santa Claus tu. Pluss dengan Bunny Easter tu. Comel sungguh, habaq hang!
Aku tolong bagi sinopsis pendek bagi cerita ni. Cerita ni pasal seorang lelaki, namanya Jack Frost. Dia telah dipilih oleh 'bulan' (tak silap aku) untuk menjadi guardian (penjaga) untuk kanak-kanak yang berada di dunia ni. Ala, macam Santa Claus, Toothfairy, Easter Bunny. Lepas tu bermulalah cabaran-cabaran untuk Jack Frost ni apabila Pitch, orang jahat muncul. Pitch ni, kalau boleh dia nak halang usaha mereka tu untuk menjaga kanak-kanak. Dia buatlah sesuatu untuk buat kanak-kanak tu dah tak percaya tentang kewujudan Santa Claus, Toothfairy, Easter Bunny, Sandy dan Jack Frost.
Yang berkilau macam emas tu, Sandy | Easter Bunny | Santa Claus | yang warna warni tu Toothfairy | Yang rambut putih tu, Jack Frost :)
Tu la yang aku boleh beritahu. Lebih best dan ohsemm bila korang tengok cerita tu sendiri. Aku pun rasa puas hati dan berbaloi jugaklah duit aku melayang sebanyak RM14 untuk membeli tiket wayang tadi :)
Bye November , Hello Disember
1 Dec 2012 | 19:36 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum . Goodbye November , Hello December ! Pejam celik pejam celik dah hujung bulan . Aku sukaaa sangat bulan December . Sebab apa ? Sebab bulan ni laaaa aku nak mintak macam macam dekat mak aku . Well hujung bulanlah dapat bonus kan ? Kali ni aku nak try mintak Ipod . Harap harap dapat . Amin.. Mak aku ada jugak cakap nak belikan scooter bulan ni :)
Oh yaa lupa pulak.. Hari ni birthday abah . So ,
HAPPY BIRTHDAY ABAH ! |