|
Tips : Bagaimana nak score dalam exam tanpa ulangkaji?
21 May 2014 | 23:59 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum.
Hari ni aku nak bagi tips sikit. Bila korang dah tengok pada tajuk, mesti ramai korang yang teruja nak tahu? Hahahaha tips ni sebenarnya untuk orang yang betul-betul pandai je, otak geliga dan daya ingatan yang kuat je. Aku sendiri pun tak mampu nak buat sebab aku pun jenis ada penyakit 'M' hehehhe Tapi tak salah kalau nak cuba kan? Insya-Allah. Kalau nak berjaya, mestilah kena ada usaha. Takkan nak duduk goyang kaki like a boss bila exam dah menjelang. Bila exam, tulis nama. Selak-selak then tidur. Dua jam exam, dua jam tu jugak dia tidur siap boleh mimpi prince charming lagi. Huh, itu cari nahas tu. Nahas kena nagging dengan mak bapak bila keputusan merosot jatuh menyembah bumi. Amboi.
Mak : Kenapa result jatuh ?
Anak : Sebab Graviti mama.
Mak : *Tampar*
Anak : Kenapa mama tampar ?
Mak : Tarikan magnet anakku.
1. Tumpuan dalam kelas
Tumpuan dalam kelas sangat-sangat penting. Jangan ingat malas nak dengar cikgu membebel-bebel dalam kelas, korang pergi buat perkara sia-sia kat belakang such as bersembang or pergi lukis gambar bukan-bukan dekat dalam buku teks tu. Haaa ingat aku tak tahu apa yang budak belakang selalu buat? Sebab dulu pun aku duduk belakang jugak. hewhewhew.
Tumpuan tu sangat penting sebab cikgu akan beri penjelasan yang lebih terperinci dan lebih mudah untuk difahami daripada korang baca dekat buku teks. Kalau korang baca dekat buku, dua tiga kali baca pun entah korang faham ke tidak. Dan lagi satu, penjelasan melalui mulut lebih senang untuk diingati daripada baca buku macam pelesit je. Dua tiga minit dah khatam buku. Perghh hebat. Mana taknya, tengok gambar je.
2. Jangan pernah ponteng sekolah
Disebabkan tumpuan dalam kelas tu penting, So, jangan pernah sekalipun ponteng sekolah. Setiap inci ilmu tu sangat penting. Kalau terlepas satu bab pun, mesti bab yang seterusnya korang akan terpinga-pinga mencari arah tuju. Aku pernah alami benda ni. Cuma sehari je tak datang, masa tu bab keluk kemungkinan pengeluaran (KKP), budak ekonomi tahu lah apa benda tu. Aku cuba untuk baca dan baca dan baca, memang tak faham. Bila exam, terpinga-pinga. Disebabkan itu, ekonomi sem 1 aku kureng sikit. Memang kecewa gila nak mampus sebab sem 2 dengan sem 3 result ok. Tiba-tiba sem 1 teruk pulak. Down sikitlah mood aku tapi nasiblah overall dapat B+. Kalau tidak kesilapan sikit tu je, mesti aku boleh dapat A-.
3. Buat homework yang cikgu beri
Homework yang cikgu bagi mesti disiapkan walauapa pun. Haa masa ni lah kan nak ulangkaji sikit. Mana boleh tak ulangkaji kalau nak berjaya. Homework tu wajib disiapkan, no matter what. So, janganlah pernah lupa nak buat homework even kau rasa nak rilek rilek goyang kaki layan cerita filipina depan tv sebab cikgu yang suruh korang buat homework tu, baik macam angel, bidadari and bla bla bla. Inilah masanya nak tunjukkan kerajinan korang tu dekat cikgu. Aku berani guarantee yang cikgu tu akan sayang korang lebih sebab rajin siapkan semua homework yang dia bagi tanpa miss satu soalan pun.
4. Sering bertanya cikgu apa yang tidak difahami
Bila korang tak faham tentang sesuatu tu, jangan malu-malu nak tanya pada cikgu. Don't worry, cikgu tu bukan singa, bukan cannibal nak makan korang bila korang tanya apa yang korang tak faham. Siap "kecik tapak tangan, satu padang bola cikgu tadahkan." Hahahahaha Nak berkongsi ilmu itu satu perkara yang baik dan dapat pahala pulak tu selagi ilmu tu berguna pada kita.
5. Mengajar orang lain
Rajin-rajinlah korang mengajar orang lain such as kawan ke, adik-adik junior ke. Janganlah kedekut ilmu sangat. Ilmu untuk dikongsi bersama. Bila korang mengajar orang lain, disamping tu korang mengajar diri korang sendiri. Dan kalau tabiat ni selalu dibuat, Insya-Allah mesti korang akan ingat benda tu sampailah exam sebab benda tu berulang-ulang mengingatkan minda korang. Macam aku cakap tadi, korang akan dapat pahala selagi ilmu yang korang ajar tu berguna pada orang lain jugak.
6. Tawakal dan doa
Dan akhir sekali, tawakal dan doa. Doa ni memang sangat penting. Usaha dah buat, hanya yang tinggal cuma doa. Seperti yang kita tahu, doa itu senjata kita umat islam. Berserah kepada Allah, dan lakukan sebaik mungkin masa jawab exam tu. Insya-Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.
Kesimpulannya, nak menuntut ilmu ni bukannya senang. Perlukan usaha jugak. Bak orang kata, "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Akhir kata, kejayaan bukan datang bergolek tanpa kita sendiri yang cuba untuk mengubah diri kita sendiri untuk berusaha mencapai matlamat. So, tetapkan dalam diri :
"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." That's all. Blog later. Follow my twitter, @saramazral Bersyukur.
20 May 2014 | 22:34 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum.
Baru lepas tengok bersamamu ni. Sedih sangat tengok penderitaan adik tu sebab sakit buah pinggang. Bila tengok tu, timbul insaf dalam diri ni. Walau apa pun keadaan kita, kita perlu bersyukur sebab mungkin ada lagi orang lain yang tidak bernasib baik macam kita. Kadang-kadang kita ni terlebih lemak, apa sahaja yang terkini dan terbaru such as gadget, mesti nak dapatkan even mak bapak kita penat cari duit bertungkus lumus. Bila tak dapat, mulalah nak merajuk. Kalau orang kaya tu, tak apalah. Just mintak je. No problemo. Tengok macam anak Che Ta, mintak BMW, go on je.
Payahnya dengan orang yang hidup tak berapa nak kaya ni. Hendak pulak, orang yang kadang-kadang suka berlagak kaya dengan kawan. Ambil iktibar daripada cerita cerekarama 'kakak' sabtu lepas. Masuk je sekolah elit, kawan dengan anak datuk. Konon malu nak kata diri dia tu miskin, dia berlagak macam kaya padahal kakak dia tu bertungkus lumus kerja dekat kilang papan tu sebab nak sara dia yang entah tiba-tiba jadi demand. Konon dua tiga ratus tu tak cukup untuk makan, boleh tahan dua tiga hari and bla bla bla... Nak smartphone yang 2, 3 ribu. Padahal, ada je smartphone yang canggih-canggih yang harga RM1000 lebih. Nak tunjuk berlagak dekat kawan yang dia tu memang anak orang kaya.
Kadang-kadang boleh tak kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada? Kena sedar diri sikit. Kita ni sepatutnya membantu ringankan beban mak bapak, bukannya membebankan mak bapak. Gaji ciput seribu dua ribu. Tapi bila kau mintak mak bapak kau belikan gadget yang beharga dua tiga ribu, habis kau nak makan apa? Makan pasir?
Aku ni kalau aku mintak mak aku belikan sesuatu yang mahal, mesti mak aku akan cakap macam ni
"Bersyukur apa yang ada. Dekat luar tu banyak yang makan nasi dengan kicap je."
Memang betul apa yang mak aku tu cakap. So, aku just diam jelah. Tunggu je kalau mak aku rasa nak belikan, dia akan belikan. Bukanlah nak cakap yang aku ni anak yang terlalu baik, tapi bila difikirkan, aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Tapi tidaklah terlalu miskin sebab tulah aku bersyukur. Duduk dirumah teres yang selesa, makan pun lauk ayam, tiap tahun ada baju raya dua tiga pasang.
Bayangkan orang yang miskin tu. Bukan je makan nasi dengan kicap, baju raya pun pakai apa yang ada, duduk pulak rumah yang berbumbungkan zink yang berlubang-lubang, berlantaikan tanah. Bila hujan je, habis air hujan masuk dalam rumah. Paling kesian sekali aku tengok dalam 'bersamamu' tu, ada orang yang terpaksa makan siput babi sebab terlalu miskin. Masya-Allah. Aku tak sangka ada orang yang sesusah ini dalam abad ke 21 ni.
Nota kaki : Bersyukur dengan apa yang anda ada.
10 fungsi yang mungkin korang tak tahu tentang Samsung Galaxy Note 3
9 May 2014 | 11:36 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Kali ni aku nak beritahu tentang kelebihan samsung galaxy note 3 yang mungkin korang tak tahu. (episod sambungan yang sebelum ni) Siapa yang belum baca lagi review aku yang sebelum ni, klik SINI. wakakaka. Sebenarnya ada sesetengah tu pun, aku baru tahu. hahahah so, terima kasih kepada penulis blog itu. Info yang sangat berguna!
Ramai di kalangan pengguna di Malaysia mula menggunakan Samsung
Galaxy Note 3 yang kini semakin popular namun ada yang masih tidak tahu
tentang beberapa fungsi atau keupayaan yang 'underdog' dalam telefon
ini.
1. Gunakan Note Hanya dengan Satu Tangan
Apabila anda memegang skrin 5.7 inci, pastinya sukar untuk
menggunakan telefon dengan hanya menggunakan satu tangan melainkan
tangan anda tangan seorang yang gergasi. Apa yang boleh anda lakukan
ialah dengan pergi ke Settings > Controls dan lihat menu One-handed.
Tukarkan ke operasi satu tangan bagi memastikan anda boleh menaip dengan
selesa.
2. Menutup tetingkap S Pen yang keluar
Apabila anda mengeluarkan S Pen, akan keluar tetingkap aplikasi S Pen
dengan pelbagai pilihan menu yang menjengkelkan. Bagi mengelakkan ia
berlaku lagi, sila ke Settings > Controls > S Pen, dan pilih Pen
sebelum menekan “none”.
3, Sentuh skrin walaupun dengan memakai sarung tangan
Skrin sentuh kapasitif seperti dalam Note 3 tidak membolehkan
pengguna menyentuhnya secara langsung sekiranya anda memakai sarung
tangan atau tangan dalam keadaan basah. Apa yang boleh dilakukan ialah
dengan Settings > Controls dan cari di ruangan bawah dengan pilihan
'Increase touch sensitivity”.
4. Menggunakan lebih dari satu aplikasi pada masa yang sama
Skrin Note sangat sesuai untuk berbilang tugas yang bermakna anda
boleh mengoperasikan dua aplikasi pada masa yang sama. Apa yang perlu
dilakukan ialah pergi ke Settings > Device, kemudian aktifkan Multi
window. Anda akan perasan tab pertama akan keluar di bahagian kiri
skrin. Sentuh apps terbabit dan anda akan lihat aplikasi yang menyokong
fungsi ini.
5. Elakkan kehilangan S Pen
Memandangkan S Pen sememangnya penting dalam Note ditambah pula ia
betul-betul mahal jika anda terpaksa membelinya secara berasingan,
elakkan ia hilang atau tertinggal setelah anda gunakannya dengan
Settings > Controls > S Pen, dan pilih “S Pen Keeper”. Ia akan
membolehkan Note 3 anda berbunyi jika S Pen tidak dimasukkan kembali ke
tempatnya.
6. Senyapkan telefon dengan tapak tangan
Telefon berbunyi secara tiba-tiba dalam mesyuarat? Bagaimana untuk
menutup audio dengan hanya tapak tangan anda menyentuh skrin? Sila ke
Settings > Controls > Palm motion. Selepas ini, jika telefon anda
berbunyi ketika waktu yang tidak sesuai. Sentuh skrin dengan tapak
tangan dan ia akan berhenti serta- merta.
7. Membuka dua aplikasi serentak
Seperti mana yang ditekankan dalam 'point' nombor 4 tadi, anda mampu
membuka dua aplikasi serentak tetapi ia akan hilang selepas kedua-duanya
ditutup. Bagaimana untuk membukanya kembali dan dua aplikasi sama
keluar pada tetingkap sama? Ulang cara nombor dan anda akan lihat
terdapat anak panah di bahagian bawah, sentuhnya dan menu dengan dua
skrin akan keluar. Sentuh lagi untuk cipta fungsi 'pair'. Selepas itu,
setiap kali anda membukanya, dua aplikasi akan terbuka serentak.
8. Bebas tangan
Memandu dan menggunakan telefon? Bahaya tu! Bagaimana untuk
menjadikan Note 3 anda benar-benar bebas tangan namun masih boleh
menerima panggilan dan membaca teks? Sila ke Settings > Controls >
Hands-free. Telefon anda juga boleh membacakan nama si pemanggil yang
menghantar teks kepada anda. Atau anda boleh menjawab panggilan dengan
hanya melambai ke telefon anda.
9. Menukar saiz teks dan font Apabila telefon anda terlalu besar, ada kemungkinan saiz teksnya juga terlalu besar. Untuk menukarnya, sila ke Settings > Device > Font. Fungsi ini juga membolehkan anda menukar jenis font yang ada. 10. Note 3 sebagai alat kawalan telefon.
Kebanyakan produk Samsung mempunyai fungsi IR termasuk Note yang
boleh menjadi alat kawalan jauh. Apa yang perlu dilakukan hanyalah buka
aplikasi WatchON. (korang just boleh guna phone korang untuk tukar chanel tv korang)
credit : yahoo news.
|