|
Place I wanna go :)
17 Jul 2013 | 19:16 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Hihi rajin pulak aku nak update blog sekarang ni. Sajaa. Nanti kut-kut aku tak ada masa nak update pulak. Okey, semua orang mesti ada tempat or negara yang korang ingin pergi kan? Sama lah dengan aku. Aku cuma berharap yang aku dapat sampai je dekat salah satu daripada 6 tempat yang aku nak pergi. Teringin jugaklah kan nak merasa pergi tempat orang.
1. MAKKAH
Inilah tempat pertama yang aku teringin sangat nak pergi iaitu Makkah. Insya-Allah aku akan berusaha untuk datang ke sini menunaikan haji mahupun umrah.
2. SANRIO PUROLAND, JAPAN Tempat ni memang ohsemm buat peminat-peminat Hello Kitty sekalian. heheh walaupun dekat Malaysia ada Hello Kitty Town tapi aku teringin jugak nak datang sini. Pergi tempat orang pulak kalau dah pergi Hello Kitty Town dekat Nusajaya tu. 3. EIFFEL TOWER, FRANCE Siapa yang tak teringin nak pergi sini kan? Lepas tengok Eiffel I'm in love, terus jadi teringin nak datang sini. hihi 4. LONDON, UNITED KINGDOM London ni memang femeslah habaq hang. Teringin nak jejak sini sebab nak jumpa The Wanted dengan Lawson je. Especially Joel Peat :D hihihi 5. JEJU-DO ISLAND, SOUTH KOREA
Aku teringin nak pergi pulau Jeju ni lepas aku tengok drama korea My Girl tu. Pantai kat sini memang lawa dan cantik :)
6. NEW CALEDONIA, FRANCE
Yang ini pun mempunyai laut yang memang cantik. Serious aku tak tahu yang tempat ni wujud. Tahu pun lepas tengok cerita Boys Over Flower. Cantik gila ah tempat ni. Ada satu tempat, ada ukiran "LOVE" besar gila. Nampak cantik bila tengok daripada atas.
That's all. Blog later. Follow my twitter @saramazral
Rewind the memories
16 Jul 2013 | 21:08 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Huh selesai buat semua kerja. Perut pun dah penuh bukak puasa tadi. Haih nafsu makan bila bulan puasa ni semakin menjadi-jadi. Masya-Allah. Daging bakar, Roti John lagi. Wooo favourite aku tu. Mana la tak makan banyak hari ni. Borong sakan melencong naik motor pergi bazaar sorang-sorang tadi. Jumpa aisyah zafri. Sampai ke sudah dia tak perasan aku agaknyaa -___-
Hari tu kawan aku ada la post gambar kelas kita orang masa 5RC (2011) dulu. Huh lepas 2 tahun kemudian baru dapat tengok. Tudiaa bukan main lama lagi ambik masa nak keluarkan gambar tu. Dahlah majalah sekolah dah tak ada. Langsung tak ada benda nak simpan buat kenangan dah :( Waktu form 6 pun kalau tangkap gambar pun, kamera sendirian berhad la. Ada la dalam sekeping dua buat kenangan nanti.
*aku yang depan no 3 dari kanan. Comel kan aku? hahaha gila perasan :p*
Serious bila tengok gambar ni mesti teringat memories masa form 5 dulu. Biasala mestilah ada geng. Bila cikgu tak masuk kelas je, ambik satu port buat bergosip macam-macam. Geng aku dulu bukan main ramai lagi. Aku, Fani, Sue, Hani, Mas, Pika, Tehah dengan Ad. Haa cukup satu geng. Bersembang tak habis-habis. Cerita pasal kumpulan korea 2PM la. Gosip-gosip lagi. hahaha
Ada satu benda ni memang jadi tabiat aku waktu aku form 4, 5 dulu. Mesti tidur waktu kelas Add Math. *sorry cikgu hajar* hihi bila belajar tu je mesti mengantuk habaq hang! Memang langsung tak boleh nak fokus. Budak cina yang lain pun sama jee. Tak ada beza punn. Apa lagi markah add math aku pun bercorak-corak berwarna warni warnu laa. hahaha
Tapi kalau waktu Akaun, jangan haraplah nak tidur. Kalau nak kena marah dengan mama D cuba laa. Dia tu agak strict la. Dia memang push budak-budak tu buat latihan tu la latihan ni la. Homework dia semua dijamin siap. Takut kena marah punya pasal. Tapi berkat dia push kita orang dengan homework yang memang agak melambak gila gila, aku dapat A- dalam Prinsip Akaun. Dan paling best bila dapat sijil London Chamber of Commerce and Industry (LCCI). Tenkiu very muchie mama D :*
Anyway, that's a lot of memories with them. Bila lah nak buat reunion? Rindu woo nak jumpa semua ni balik :(
Being selfish : Perlu ada dalam diri atau tidak?
| 16:22 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Helo holaa. Aku rasa ceria hari ni. Relief. Please don't ask me why k? hihi Hari ni rasa bosan sebab cerita korea tu tak ada nak tengok, so rasa macam nak update something. Fikir punya fikir punya fikir, dapat dah tajuk or topik yang aku nak sampaikan pendapat aku. It just my opinion okey? Being selfish or dalam bahasa melayunya jadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Perlu ke ada dalam diri ataupun ia cuma satu sifat yang buruk yang kita harus singkirkan jauh-jauh?
In my opinion, *ecece macam speaking MUET pulokk* aku rasa dalam diri ni kadang-kadang perlu ada jugak sifat pentingkan diri sendiri. Kenapa aku cakap macam tu pulak? Memang lah kita tahu yang perangai pentingkan diri sendiri tu memang suatu sifat yang tak baik tapi sometimes kena juga ada perasaan selfish tu. Contohnya pasal kebahagian diri sendiri ke or what. Memanglah elok kita fikirkan perasaan orang lain tapi kalau asyik nak fikirkan orang lain je last last diri kita pun menderita. Is it fair? So, kenalah buat keputusan yang bijak.
Kalau nak jadi selfish pun berpada jugaklah. Janganlah sampai orang pun dah naik menyampah asyik nak ikut telunjuk kita je. Kadang-kadang kenalah jugak dengar opinion daripada orang lain dalam membuat keputusan. Fikirkan sama ada benda tu ada faedah bagi kita dan untuk orang lain jugak. Aku pun pernah jugak alami satu masalah yang memang aku rasa macam susah sangat nak buat keputusan. Lastly aku buat keputusan yang aku rasa aku terlalu memikirkan tentang diri aku sendiri. Bukan apa, aku rasa sebelum ni aku terlalu ikutkan sangat apa kata orang dan perasaan orang lain dan last last aku yang menderita sendiri. Tapi bila aku buat keputusan yang macam tu, kata cacian tu memang dah lali lah dalam telinga aku ni. Aku dah tak kesah. Lantaklah dia nak cakap apa pun. Kali ni aku memang nekad dengan pendirian aku.
Aku tulis post ni bukanlah nak hasut ke or ajar korang jadi selfish tapi kadang-kadang korang kena fikir jugak diri korang tu. Itu pun bergantung jugak pada masalah. WARNING! Tolong jangan amalkan sifat selfish tu selalu, ya? Nanti orang pun naik menyampah pulak :)
Okey that's all. Blog later. Follow my twitter @saramazral I'm dissapointed with myself.
15 Jul 2013 | 19:30 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. *kesat air mata* Hari ni entah kenapa aku rasa sedih sangat bila result sem 2 keluar. Kali ni rasa paling teruk padahal pointer kali ni lebih baik daripada sem 1 punya. Bukan apa, aku mengharapkan 'miracle and magic' tapi lain pula yang jadi. Akhirnya aku yang kecewa sendiri. Aku harap sangat yang aku dapat markah yang lebih baik tapi lebih besar pulak kecewa yang aku dapat. Itulah orang cakap jangan terlalu berharap. Bila tak dapat apa yang diharapkan, memang kecewa bukan alang kepalanglah.
Memang aku ada jugak rasa gembira bila aku dapat capai markah yang paling aku tak sangka dan langsung tak expect tapi dalam masa yang sama aku kecewa bila benda yang sepatutnya berada dalam gengaman aku tak dapat nak capai apa yang aku harapkan. Keciwaaa gilaaa wehh. Gembira tu lenyap macam tu je. Selalu sangat jadi bila aku risaukan sesuatu subjek tu *sebab soalan susah* tapi last-last subjek lain yang jatuh. Subjek yang aku kata susah tu lah yang banyak bantu aku dan subjek yang aku tak cakap apa-apa *soalan tak susah dan tak senang* tu lah yang buat masalah pada aku. *faham ke apa yang aku tulis tu? aku tak reti nak explain. hihii*
Pada mulanya aku memang rasa macam nak putus asa. Aku dah tak larat dah nak hadapi semua benda ni. TAK LARAT DAH K? Tapi bila difikirkan balik dan dengar kata kawan-kawan aku, aku tak sepatutnya berhenti sebelum habis berjuang. Aku dah pergi sejauh ni. Tak mudah untuk aku berhenti macam tu je. Kena hadapi jugaklah. Kena korbankan sikit masa dan duit untuk berjaya. Lepas ni aku akan lebih berusaha dan cuba untuk memperbaiki semula.
p/s : thanks kepada kawan-kawan yang banyak bagi support pada aku untuk terus bangkit berjuang hingga akhir.
Salam Ramadhan
10 Jul 2013 | 22:20 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi sebab selesai menunaikan hari pertama puasa. Macam biasa la, hari pertama tu tak ada lah merengek sangat cakap "Dahaganyaaa.." "Laparlah". Nanti tengoklah lama-lama dah puasa nanti, habis semua perkataan tu keluar. hihi Tapi cakap pun tak ada guna. Bukannya boleh bukak puasa pun. Tunggu je lah Azan Maghrib tu berkumandang.
So, rasanya masih lagi tak terlambat lagi untuk cakap Salam Ramadhan kan? Semoga ramadhan kali ini diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah. Bila bulan puasa ni, memang berganda-ganda pahala yang kita boleh dapat kan? Untung sangat bila kita buat perkara baik dan cuba untuk memperbaiki diri sendiri dalam bulan Ramadhan ni. Haa lepas dah buat baik tu, janganlah ubah balik ke perangai lama bila dah bulan Syawal nanti. hihi
So, dikesempatan ini aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada sesiapa yang terasa ke or sakit hati dengan perangai aku ni. Tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni dan mestilah ada yang melakukan kesilapan. Maaf dipinta zahir dan batin, ya? Harap lepas ni 0-0 eh? :D See you later. Follow my Twitter and Instagram : @saramazral , @saramaira July Wish
1 Jul 2013 | 16:51 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Sebenarnya aku tak tahu nak post apa hari ni tapi hati membuak-buak nak update jugak ni. Sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan Julai untuk tahun ni. Dah bermacam-macam pengalaman pahit dan manis dah dijalani sebelum ni. So, sekarang kena move on dan lupakan masalah dengan sehabis mungkin.
Hari ni dah masuk bulan July. So, setiap orang mestilah ada harapan dan impian serta untuk dibuat pada bulan tu. Bulan ramadhan pun dah nak dekat. Azam aku pada bulan July dan seterusnya adalah :
1. Cuba memperbaiki diri
Aku akan cuba perbaiki diri aku yang banyak kelemahan ni. Insya-Allah aku akan cuba ubah perangai yang lebih baik daripada sebelum ni. Masalah dan pengalaman yang sebelum ni betul-betul telah mengajar aku untuk menjadi lebih matang daripada yang sebelum ni. Aku lebih sedar untuk mengetahui macam mana untuk menjadi insan yang lebih baik.
2. Menjadi lebih kuat
Kuat bukan dari segi personaliti tetapi lepas ni aku mesti lebih kuat untuk menghadapi masalah dan dugaan yang akan menimpa diri di masa akan datang. Aku sekarang lebih tahu dan lebih memahami untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan menerima ujian yang Allah beri dengan sabar.
3. Membuat mak abah lebih bangga
Lepas ni aku akan cuba menjadi anak yang lebih baik dan patuh kepada mak dan abah aku. Lepas ni aku tak nak buat dia orang nangis dan marah dengan aku lagi. Insya-Allah lepas ni aku akan cuba berusaha untuk buat apa yang dirasakan untuk membuat mak abah bangga dengan aku.
4. Lebih mudah untuk memaafkan orang lain
Ini benda yang paling susah aku nak cuba buat. Kalau hal kecil je, memang aku senang nak memaafkan orang lain tetapi kalau masalah tu besar dan betul-betul buat aku susah hati dan sakit hati sangat-sangat, memang susah untuk aku maafkan orang tu. Tunggulah marah aku reda, baru aku boleh maafkan. Tapi ianya memakan masa yang agak lama. Kalau dah maafkan pun, benda tu aku akan ingat sampai mati. Itulah kelemahan aku.
5. Lebih mudah untuk meminta maaf pada orang lain
Dulu, diri aku ni sebenarnya agak susah untuk mintak maaf pada orang. Entah kenapa aku macam ni aku pun tak tahu. Certain orang la. Bukanlah aku rasa yang aku ni bajet perfect tapi aku paling tak suka mintak maaf. Aku pernah hilang kawan yang pernah anggap aku sebahagian daripada family dia. Lepas daripada tu, aku dah mula dah serba sedikit untuk mintak maaf pada orang.
6. Tidak cepat sensitif pada hal yang kecil
Aku ni nak kata cepat sensitif sangat tu tak ada lah. Tapi entah ada certain orang yang aku akan cepat sensitif. Entah kenapa aku pun tak tahu. Maybe seeking for attention :')
Semoga aku dapat mencapai apa yang aku nak buat. Walaupun payah, tapi aku cuba perbaiki sedikit demi sedikit. Bukan semua orang puas hati dengan kita. Bukan semua orang suka dengan kita. Tapi ingatlah masih ada orang yang sayang pada kita :)
Blog later. Follow my twitter @saramazral
|