|
Finally..
21 Feb 2013 | 19:37 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalaualaikum. Hari ni aku happy sangat. Eksited lebih. Apa yang aku nanti-nantikan dah dapat. yahoo.. dah dapat baucar buku :) Aku dah siap plan dah nak beli buku apa. Tapi yang pasti buku latihan, buku rujukan sikit, kenalah beli kan.. Selebihnya, terpulanglah nak beli apa pun. Nak beli alat tulis. Pen aku tu pun dah banyak yang nak habis ink.
Sebenarnya cikgu nak bagi baucar tu semalam tapi disebabkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, so dapat hari ni. Semalam punyalah eksited gila nak dapat last last tak dapat. Okey aku disappointed. Hoho *gedik aih tu pun nak kecewa sangat* Hari ni, aku tak nak eksited lebih. Nanti kecewa. Alhamdulillah dapat jugak hari ni. *senyum lebar* And lagi satu, terima kasih kepada PM sebab bagi baucar buku ni. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan duit untuk beli buku.
Okey, that's all. Blog you later. Follow me on twitter, @sarahestelle710
Kes dera lagi..
17 Feb 2013 | 20:25 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Hari ni hari last untuk enjoy. Esok dah sekolah balik. Aku ni iron baju sekolah pun belum lagi ni. Langsung tak ada semangat nak pergi sekolah. Ohmaii.. Tak best betul. Dahlah esok balik lambat. Alahaii.. Tak pe maisarah, tahun terakhir. Next year tak payah sekolah dah. Heavennn and freedomm... Sekarang ni pun dah plan nak kerja lepas STPM. Bosan jugak kan kalau duduk terperuk je dalam rumah. Kerja JJ ke pun okey jugak. Sekurang-kurangnya dapat juga hasil dari usaha dan kerja sendiri.
Okey tutup cerita pasal sekolah. Sekarang kita back to topic. Hari ni, memang kecohlah. Dalam facebook dan dekat berita pun ada cerita. Apa lagi pasal kes dera budak tu laa. Ish, aku ni lemah semangat kalau nak tengok video video macam tu. Belum sampai separuh aku dah 'close' dah. Tak sampai hati nak tengok. You're to cruel! Kejam sangatlah pembantu rumah tu. MENTAL PROBLEM agaknya.
Kalau dulu, pembantu rumah Indonesia kan kecoh kononnya majikan Malaysia ni dera dia orang lah. Tapi sekarang? Tengoklah, bila baik sikit, mulalah dia orang tu nak pijak kepala. Tu belum lagi kes larikan emas dengan duit majikan. Itu pun nasib baiklah dia dah kena tangkap. Harap dia terima balasan yang setimpalnya.
Tudiaaa aih. Bengang sangat ni. Budak tu tak bersalah langsung. Kalau budak tu mati macam mana? Dia ingat nyawa ni ada dalam botol ke? *mak aku selalu cakap macam ni* Ish kalaulah aku dapat dia, mati dia aku kepak-kepak kan lengan dia tu. Aku tarik rambut dia. Aku hantukkan kepala dia dekat dinding. *alamak emotional lebih pulak* Haih siapa yang tak bengang kan? Aku cuma harap kes macam ni takkan ada lagi.
Okey, that's all. Blog you later. Follow me on twitter, @sarahestelle710
Tanda-tanda seseorang tidak suka pada kita
14 Feb 2013 | 21:50 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Hari ni terasa nak update blog tapi tak ada idea. Selepas blogwalking tak habis-habis, ada satu entry yang membuatkan aku terasa nak update pasal benda tu jugak :) Sesuatu yang aku nak korang semua tahu apa yang terjadi pada orang sekeliling korang. Korang rasa orang sekeliling korang tu suka ke dekat korang? Mungkin 1 dari 10 orang laa kan. *lainlah kalau korang tu agak annoying* eh gurau je. Sekarang aku nak bagitau tanda-tanda orang tak suka pada diri kita.
1. Dia akan diam bila bersama korang.
Korang tanya sepatah, dia jawab sepatah. Jawab pun acuh tak acuh. Seperti hendak tak hendak aje gayanya. Selalunya dia akan cuba buat hal sendiri untuk mengelak dari bercakap dengan korang. Lepas tu, bila dengan orang lain.. bukan main lagi diaa bersembang. Kalah kiah propa!
2. Susah untuk diajak bergurau
Haa ini pun lebih kurang sama je dengan yang atas tadi. Dah bercakap pun tak mau, ni kan pulak nak di ajak bergurau. Kalau korang buat lawak pun, percayalah dia mungkin akan gelak "HAHA" *bukan Haha Running Man okey?* Bunyi macam tak ikhlas langsung.
3. Susah nak diminta tolong
Kalau korang minta tolong pada dia, kompom punyalah dia akan bagi seribu macam alasan untuk mengelak daripada nak tolong korang. Dia mesti dia akan cakap "Eh mak aku suruh balik cepatlah!" "Alamak, aku ada tuisyenlah petang ni"
4. Nak kemana pun dia takkan ajak korang
Contohnya laa, dia nak lepak Jusco tapi dia akan mengelak dari ajak korang. Bila korang dalam kumpulan yang sama dengan dia, dia mesti mengelak dan tidak join sekali.
5. Kurang suka mendengar cerita tentang korang
Bila dia dengan kawan dia, bila kawan dia bercerita pasal korang, dia mesti akan cakap "Ah, aku malaslah nak ambil tahu" or "Ish tak payahlah cerita pasal dia" Tak pun dia tiba tiba akan tukar topik lain dengan serta merta.
Kalau korang rasa ada orang sekeliling korang yang berperangai macam tu, berkemungkinan dia tak suka pada korang. Sebaiknya, korang lihat pada diri korang dan mengenal pasti apa penyebab orang tidak menyukai korang. Seeloknya korang bersemuka dengan orang tu dan berbincang lah dengan baik-baik. Ubahlah diri dan tinggalkan perangai korang yang mungkin orang tak suka dan meluat. Kalau korang dah ubah diri korang tu tapi orang tetap juga tak suka dekat korang, aku 'no comment'. Tapi bagi pendapat aku, tak payah layan sangat orang yang macam tu. Dah orang tak suka, tak perlu nak terhegeh-hegeh kan? Tak ada seorang pun yang sempurna dalam dunia ni. Setiap orang ada kekurangannya sendiri.
credit to Penpatah.
Awesome Hang out
12 Feb 2013 | 22:22 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tadi, seperti yang telah plan semalam dan minggu lepas, aku, nina, dyla dan sarah *opss sama nama dengan aku kan? Yes nama memang sama tapi orang lain lain, okey?* keluar nak tengok cerita Husin Mon dan Jin Pakai Toncit. Memang dah lama teringin gila nak tengok cerita tu. Macam best je kan sebab cerita Mamat Khalid yang sebelum ni memang gempak dan lawak gila kan? Cerita Zombi Kampung Pisang dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah, gelak guling guling dan aku sanggup tengok cerita tu sampai 10 kali tau! haha
Dalam pukul 10.30 macam tu, bertolak dari Chemor. For the first time, aku drive kereta Myvi. Omaigadd best gilaa. Baru kut. Memang best laa. Stereng diaa, ringan gila tak macam Vios, stereng keras dan agak besar. Pedal minyak dan brek, memang best. Tekan sikit, laju siot! haha Dalam pukul 11 tu, sampai Jusco Kinta City. Tawaf punya tawaf, finally jumpa satu parking. Tu pun memang bernasib baik sebab kebetulan waktu tu ada orang nak keluar. Alhamdulillah. Tak sampai 5 minit pun cari parking.
Firstly, beli tiket wayang. Beli siap siap, senang! Tu pun dah penuh duk beratur panjang panjang dan macam ular kena patuk je aku tengok. Tengah beratur tu, jumpa kawan aku. Dia orang ada ajak kuar tapi memandangkan aku dah plan lama dah dengan sarah nak tengok wayang, so aku tak join dia orang. Tapi tetap boleh jumpa jugak :)
Then, lepas dah beli tiket wayang tu, singgah Sony Centre. Belek punya belek laptop dalam tu. Serious, hati aku terpaut *ecece* pada satu laptop ni tau. Dahlah touch screen lepas tu ada sense kut! Boleh kontrol hanya dengan menggunakan tangan. Wow, the power of hand la katakan. Semangat abang tu tunjuk kita orang apa kelebihan laptop tu. Harganya pulak? Jangan cakaplah. Dah barang pun cantek, harga dia pun cantek laa.
Lepas tu singgah Black Queen dan S&J. Belek punya belek semua benda dalam kedai tu. Belinya idak! hahaha Saja jamu mata ni haaa. Then, pergi Jusco department sebab Sarah nak tengok aksesori untuk kereta Myvi comel dia tu. Nak beli kusyen. Lama jugaklah dekat sana. Sekejap pilih kusyen tu, sekejap kusyen ni. Last last beli kusyen bentuk bunga smiley. Comel.
Makan Time!
Sebulat suara membuat keputusan untuk makan KFC. Sampai je KFC, mak ai ramai gila. Sampai semua meja full kut. So, kita orang bungkus je laa then makan kat food court. Yang best tu, Sarah belanja. Yeayy! Waktu nak pergi tu, alhamdulillah. Ada satu meja kosong. So, makan situ je laa. Bak kata Sarah, makan kat sini baru ada feel. haha Dah nak dekat 3.30 tu, get readylah nak pergi ke cinema. Masya-Allah, penuhnya orang. Dah macam ikan tuna dalam tin hang tau dak? Rimas gila kut. Nak beli air dekat situ pun tak boleh. Ramai gilaa. Serious aku dah rasa serik nak keluar time cuti CNY.
Okey, cerita tu. Kalau full 5, aku cuma boleh bagi 4. Sebab apa? Lawak memang lawak tapi seriously aku cakap, pendapat aku laa hantu kak limah lagi best. Yang ini, agak kureng sikit sebab lawak dia banyak di-recycle dari cerita Hantu Kak Limah. Dan lagi satu, cerita dia agak berbelit sikit. Aku tak faham. Haa dan lagi satu, watak Abi Hurairah tak ada. Kalau ada mungkin lebih best.
Di sebelah malam, abah ajak makan luar pulak. Destinasi "Jalan-jalan Cari Makan" kali ni dia D'Polo yang dekat dengan Padang polo dan betul betul dekat dengan Ipoh International School tu. Aku suka makan kat situ. Kawasan dia agak bersih lah dan luas. Macam macam jenis makanan ada. Aku kan teringin nak makan Chicken Chop, so aku order tu je tadi dan air tembikai. Mak ai, besar gila gelas dia. Tapi aku nak komplain sikit laa, manis sangatlah. Dapat diabetes pulak aku nanti.
Okey, that's all. Blog you later. Follow me on twitter, @sarahestelle710
Fact about Hello Kitty
11 Feb 2013 | 11:41 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Bosan betul kan hari ni? Bila cuti ni, bosan melanda diri. *ecece* Bila pergi sekolah, sekurang-kurangnya bolehlah sembang-sembang dengan kawan, ye dak? So, hari ni aku nak share sikit dengan korang pasal fakta mengenai Hello Kitty yang mungkin korang tak tahu lagi. Aku ni pun sebenarnya baru tahu tadi :) So, aku pun nak share jugak kepada orang yang fanatik gila dengan Hello Kitty macam aku.
Okey, that's all. Blog you later. Follow my twitter, @sarahestelle710 Open House CNY
10 Feb 2013 | 14:17 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. Happy Chinese New Yearr! Dan macam biasalah aku kalau time CNY setiap tahun, mesti pergi open house. Dapatlah angpau duit rayaa. Waktu ni jugaklah masa aku nak mengumpul duit. Mision aku kali ni, nak keluar pergi tengok wayang cerita "Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit." Tapi kali ni agak kurang sikitlah dari tahun lepas. Tahun lepas lagi banyak aku dapat duit raya. Hampir nak dekat RM100 lah. Tu pun hanya pergi satu rumah je. Mana taknya semua Datuk-2, Puan Sri dan Datin-2 pakat bagi sorang RM20 hinggit kut.
Dalam pukul 11.15 macam tu laa, aku dengan my mom sampai. Waktu tu pun dah ramai yang datang. But don't worry, makanan dekat situ, dijamin HALAL sebab semua tander yang dia ambik semuanya orang melayu. Ada mee rebus ramlee, satey dan ais kacang. Hah, makanan dia pun tak banyak macam tahun lepas. Tahun lepas ada lah jugak popia dengan rojak kan. Bahagian dalam banglo besar tu, biasa lah makanan-makanan yang 'sepatutnya' untuk orang cina lah kan..
Lepas dah makan-makan tu, kenyanglah kan. hahaha duduk kejap bagi hadam sikit makanan yang dah makan tadi. Sambil tu layan team tarian singa tu. Dong dong dong chee! Dong dong dong che! Seperti setiap tahun, 4 team tarian singa yang dia jemput.
Sorry dapat snap dari side belakang je. Malas punya pasal nak bangun untuk tercegat dekat situ. hahaha. Bingit telinga aku dengar music dia orang tu. Kuat gila. Nak bergegar jantung aku ni haa. Bukan main lama lagi. Dalam 20 minit kut agaknya. Ah, lupa pulak nak kiraa :)
Angpau CNY. Seperti yang aku katakan tadi, tak berapa nak banyak sangat. Tapi aku tetap bersyukur sebab dapat walaupun tidak banyak macam tahun lepas. Tak berapa nak ada rezeki sangat tahun ni.
Okey, that's all. Blog you later. Follow me on twitter, @sarahestelle710
Rekaan pendrive yang cool gilaa
9 Feb 2013 | 13:44 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Tadi aku ada lah search pasal reka bentuk pendrive kan. Omo, kecik comel gila pendrive tu. Tapi aku ada check dekat facebook. Agak mahal kut beli online. dalam RM40++ laa. Tak sampai hati nak habiskan duit beli benda tu. hoho Lainlah kalau ada orang yang nak belikan, ye dakk?
Haa ni design yang paling aku suka. Mini Cooper version!
Comel je kan? Aku rasa dekat Ipoh tak de kut jual pendrive macam ni sebab aku tak pernah jumpa pulak. Nak beli online, risau pulak kalau kena tipu macam mana? aku tak berani kalau nak beli online. Benda tu bukannya murah pun. Tak pasal pasal kena tipu dan money fly away~
Okey, that's all. Blog you later. Follow my twitter, @sarahestelle710
Going to love Yellow
8 Feb 2013 | 20:16 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Ermm.. Yeayyy! Esok dah cuti. Cuti selama seminggu sempena Chinese New Year. Gong Xi Fa Chai to all chinese. Okey, tapi jangan lupa, homework tu. Jangan asyik nak raya bagai kan. Nanti kang last minute baru kecoh nak buat. Jangan ikut perangai aku tu. hahaha
Suka tengok blouse macam kat atas ni. Polkadot pulak tuu. Sukaa. Hujung bulan nanti nak beli lah blouse yang macam ni. Dipadankan dengan skirt labuh warna coklat or putih, perrghh memang awesome! hahaha agaknyaa la. Tapi aku rasa paling sesuai dipadankan dengan skirt putih. kan? kan? kan? *siapa setuju dengan saya sila angkat kaki*
Haaa tadi kan, aku pergi pos office *amboi speaking london pulak. ecece* ada lah nampak sorang gadis ni pakai beg lebih kurang macam yang dekat atas tu. *Tapi tak de la sebijik macam tu* Omo, lawanya gaya dia. Gaya dia memang simple gila tapi smart. Haa aku nak gaya yang macam tu laaa. haha Hari tu aku rasa aku ada nampak kedai yang jual beg macam tu dekat mall pak cik mydin tuu. So, tak payah susah susah nak cari kan?
Okey, blog you later. Follow me on twitter, @sarahestelle710
Foot note : kena pujuk mak ni suruh beli baju macam kat atas tu Esok dah sekolah? T.T
3 Feb 2013 | 20:19 | 0 budak comel cakap-cakap
Assalamualaikum. Alahai esok dah sekolah balik. Esok hari Isnin. Isnin maknanya apa? ASSEMBLY! Oh bencinyaa aku. Benda alah yang bernama Assembly tu aku cukup tak berkenan sungguh. Kenapalah perlu ada assembly? Aku tau ramai yang sependapat dengan aku kan? hoho
Tak cukup dengan Assembly, esok ada latihan esei di dalam kelas pulak dah! Atau lebih senang panggil ujianlah kan. Eishh Alergik aku dengar perkataan U.J.I.A.N tu. Tiap-tiap minggu pulak tu. cehh! Tapi tak pe, mungkin salah satu cara untuk lebih mengingati kut.
Tensionnya bukan main kut. Bila dah hafal, dalam 2 minit lepas tu, lupa balik. Haih nak kata aku banyak makan semut, mana ada aku makan semut. Tak pe, have a break with milo dinosaur dulu.
|